MalaysiaKINI Forum
Please register to write your opinion. How to register?
1. Click 'register'
2. Fill in username, email & password
3. Done, automatic activation

Happy writing!
MalaysiaKINI Forum
MalaysiaKINI Forum

Berita, Bahas & Hujah
 
HomeHome  ­PortalPortal  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­MemberlistMemberlist  ­UsergroupsUsergroups  ­RegisterRegister  ­Log inLog in  
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 Apa sudah jadi dgn isu Kampung Buah Pala

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
demokrasi



Posts: 2
Join date: 2009-06-30

PostSubject: Apa sudah jadi dgn isu Kampung Buah Pala   Sun Jul 05, 2009 4:03 pm

Kerajaan negeri tulis surat kepada PM mengenai isu Kampung Buah Pala

PULAU PINANG - Kerajaan Negeri Pulau Pinang, akan menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meminta bantuan daripada kerajaan persekutuan untuk mengambil alih tanah di Kampung Buah Pala di sini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri mengakui tidak mampu untuk mengambil alih tanah di kampung itu daripada sebuah koperasi dan pemaju untuk membolehkan 23 keluarga terus tinggal di situ kerana kosnya terlalu tinggi.

“Kita boleh ambil alih tanah itu melalui Akta Pengambilan Tanah, kita harap kerajaan pusat boleh beri bantuan,” katanya kepada pemberita.

Lim berkata, walaupun kerajaan negeri prihatin terhadap nasib penduduk berkenaan yang diarahkan keluar dari kawasan itu, namun kos untuk mengambil alih semula tanah itu adalah terlalu tinggi, memandangkan status tanah itu adalah pegangan bebas dan telah diluluskan untuk tujuan pembangunan.

Lim bagaimanapun, tidak menyatakan kos untuk mengambil alih tanah itu.

Beliau berharap, kerajaan persekutuan dapat membantu kerajaan negeri mengambil balik tanah itu daripada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang dan membayar pampasan kepada pemaju, Nusmetro Ventures Sdn Bhd.

Penduduk Kampung Buah Pala terpaksa berpindah setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka untuk kekal di tanah yang mereka duduki sejak sekian lama, bagi memberi laluan kepada pemaju untuk membangunkan kawasan itu, bagaimanapun penduduk berkenaan enggan berpindah dan meminta kerajaan negeri membantu menyelesaikan masalah mereka itu.
===
macam ni le DAP, tabut janji masa pilihanraya, tak dapat tunaikan, lepas tu minta bantuan kerajaan pusat. Apa sudah jadi, lu hentam orang lepas tu lu nak mintak org tolong lu, patut ke tidak kerajaan persekutuan tolong kerajaan pulau pinang ( pembangkang ) ni?
Back to top Go down
View user profile
 

Apa sudah jadi dgn isu Kampung Buah Pala

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You can reply to topics in this forum
MalaysiaKINI Forum :: Isu-isu Untuk Di Bahaskan :: Isu-isu Semasa-
Post new topic   Reply to topic