GEORGETOWN: Wee Meng Chee, 26, yang menimbulkan kontroversi kerana mencipta dan menyanyi lagu Negaraku versi sendiri yang dianggap menghina dan mencemar lagu kebangsaan dalam Youtube, mengadakan konsert di Prangin Mall, malam kelmarin.
Konsert itu diadakan sempena Karnival Komtar yang berlangsung dari 29 Mei hingga 14 Jun, anjuran Kerajaan Pulau Pinang dengan beberapa penganjur bersama.
Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Komtar, Ng Wei Aik, berkata konsert berkenaan hanya acara sampingan yang diadakan penganjur bersama sempena Karnival Komtar.
===
Biasa le penang, pengkhianat negara pun diaorang nak sokong, itu saja le tu nak tunjuk kurang ajar. Pegang penang boleh le, cuba negeri lain kalau berani.